Untuk makluman semua warga Taman Alam Budiman, sebagaimana yang telah dimaklumkan sewaktu AGM ke 3 PPATB yang baru lalu, Dewan Serbaguna yang telah dibina oleh pihak pemaju masih belum di serahkan kepada pihak MBSA. Justeru itu, pihak MBSA tidak dapat meneruskan proses untuk mengeluarkan CF dan seterusnya melantik mana-mana pihak untuk menguruskan dewan tersebut.
Namun melalui maklumat yang diterima, dijangka pihak SHL akan menyerahkan kunci Dewan selepas penduduk Fasa Budiman menerima kunci. Walaubagaimanapun, maklumat lanjut dan terkini hanya bergantung kepada keputusan pihak MBSA.