Sebagaimana tahun-tahun yang sebelumnya, Surau Raudhotul Firdaus Taman Alam Budiman menganjurkan program gotong royong dan persediaan menyambut Ramadhan yang bakal tiba. Program Gotong Royong pada kali ini telah diadakan pada hari Ahad, 24 Julai 2011 yang baru lalu.
Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan diketuai oleh Haji Junid selaku Pengerusi Surau Raudhotul Firdaus. Beliau turut dibantu oleh Sdr Abu Azman selaku Setiausaha Surau serta Sdr Sahdan, mengagihkan tugas-tugas yang perlu dibuat disepanjang gotong-royong ini.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman, Sdr Badrul Hisham juga turut sama didalam melaksana dan merencanakan kerja-kerja yang perlu dibuat disamping beliau telah mendapatkan sumbangan dan bantuan daripada pihak pemaju SHL khususnya bagi persediaan untuk menyambut Ramadhan.
Seramai lebih daripada 50 orang warga Alam Budiman terlibat didalam program tahunan ini. Diantara kerja-kerja yang telah dibuat ialah :
1. Memasang 2 buah khemah di kawasan muslimat.
2. Membersihkan stor, bilik air dan ruang solat.
3. Memasang lampu hiasan
4. Menyelenggara dan menambah/menanam pokok bunga
5. Memotong rumput.
Para petugas telah dijamu dengan laksa Sarawak yang telah disumbangkan oleh seorang warga Suria yang baru berpindah.
Semoga program gotong royong seperti ini dapat diteruskan demi kebaikan masyarakat Alam BUdiman. Sikap kerjasama dan tolong menolong sesama jiran pasti akan membentuk sebuah komuniti yang mantap dan berjaya. Program telah berakhir pada lewat tengahari. Terima kasih semua.
Gambar-gambar DISINI.