In order to view this page you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

HomeBeritaOps Pemutihan Plate Keselamatan

Ops Pemutihan Plate Keselamatan

'Plate Keselamatan' telah mula diperkenalkan kepada pembayar yuran keselamatan sejak April tahun lepas. Plate ini dipasang dipagar-pagar rumah para penyumbang yuran keselamatan dengan tujuan untuk meningkatkan jumlah pungutan disamping sebagai tanda terima kasih diatas sumbangan-sumbangan mereka. Alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan apabila ramai penyumbang baru mendaftar selepas beberapa minggu. Surat berkenaan adalah sebagaimana DISINI.

Namun selepas setahun ianya diperkenalkan, belum pernah sekalipun plate tersebut ditarik balik sebagaimana yang dinyatakan didalam surat tersebut pada perenggan 5 (c).

Justeru itu, selepas perbincangan bersama Pengerusi PPTAB dan beliau telah bersetuju untuk mengadakan satu 'Operasi Pemutihan Plate Keselamatan' yang akan dijalan disepanjang bulan Ramadhan ini.

Buat permulaan ( OPS 1 ), 'Plate Keselamatan' yang telah dipasang pada April, Mei, Jun dan Julai 2010 dan telah TIDAK menyumbang selama 3 bulan atau lebih sehingga DISEMBER 2010 akan diturunkan secara berperingkat dari satu presint ke satu presint.

Walaubagaimanapun, pihak ABRA akan memberikan surat/notis kepada mereka yang berkenaan dengan menyatakan hasrat untuk menarik balik plate keselamatan sekiranya tunggakan tersebut tidak diselesaikan dalam masa yang akan ditetapkan kelak.

ABRA juga akan mengedarkan surat-surat kepada semua penduduk yang TIDAK PERNAH berdaftar sebagai ahli Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman dan juga mereka yang tidak pernah menyumbang kepada yuran keselamatan untuk turut serta menyumbang.

Sekiranya ada pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pengerusi ABRA, Sdr Badrul atau Setiausaba ABRA, Sdr Azhar. Anda juga boleh semak status sumbangan yuran keselamatan dan yuran ahli DISINI

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong ABRA selama ini. InsyaAllah, berkat kerjasama semua, AB akan menjadi sebuah komuniti yang terbaik.

 

 
Free business joomla templates