In order to view this page you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

HomeBeritaMajlis Sumbangan Anak-anak Yatim

Majlis Sumbangan Anak-anak Yatim

Surau Raudhotul Firdaus, Taman Alam Budiman telah berjaya menganjurkan Majlis Sumbangan Amal Anak-anak Yatim, Fakir Miskin, Warga Emas & OKU buat kali yg ke 2 pada 20 Ogos 2011 yang baru lalu.

Majlis yang mendapat sokongan daripada penduduk Taman Alam Budiman itu telah bermula seawal pagi hari Sabtu tersebut.

Warga Taman Alam Budiman telah bergotong royong menyediakan makanan dan juga juadah berbuka puasa untuk dikongsi bersama para tetamu.

Majlis secara rasminya telah bermula lebih kurang jam 6.00 petang dengan kehadiran tetamu VIP iaitu anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Lambaian Kasih,Damansara.

Sdr Sahdan sebagai pengerusi majlis telah menjemput Pemangku Pengerusi Surau RF, Sdr Mohd Junid b. Ramli untuk memberikan ucapan kata alu-aluan. Beliau secara ringkasnya telah menekankan betapa pentingnya sumbangan yang perlu kita salurkan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti anak yatim, fakir miskin dan juga orang kurang upaya.

Majlis juga telah dihiburkan dengan alunan merdu suara anak-anak yatim ini dengan dendangan lagu nasyid yang tidak kurang hebatnya.

Pengerusi pertubuhan anak-anak yatim Lambaian Kasih, Ustaz Ramli mengucapkan jutaan terima kasih di atas keperihatinan warga Taman Alam Budiman terhadap mereka.

Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Mereka yang terdiri daripada 34 orang anak-anak yatim bukan sahaja menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM60 daripada pihak Surau RF dan juga 2 keping sampul duit raya daripada 2 individu berasingan yang merupakan penduduk Taman Alam Budiman, malah mereka juga turut menerima barangan seperti alat kelengkapan sekolah, pakaian dan juga barang makanan.

Pengetua Lambaian kasih pula menerima sumbangan sebanyak RM2400 daripada Surau RF bersama dengan sejumlah wang yang tidak dimaklumkan akan jumlahnya hasil sumbangan Mount Kiara FC melalui jurulatihnya iaitu Sdr Shazwan bagi tujuan pengurusan pentadbiran.

Beliau juga turut menerima sumbangan 4 hamper hadiah daripada sebuah syarikat milik penduduk Taman Alam Budiman. Syukran Jazakallah kepada semua para penyumbang.

Sementara menunggu wakku berbuka, kumpulan Zikir Surau RF yang diketuai oleh Tuan Hj Abu Bakar yang merupakan ayahanda kepada Sdr Azman telah mengalunkan Zikir Munajat dengan diiringi oleh 8 orang sahabat sehingga waktu berbuka.

Seluruh hadirin telah dihidangkan dengan berbagai juadah berbuka puasa yang telah disediakan sejak dari pagi lagi. Ada juga juadah yang telah disumbangkan daripada individu dan dikongsi bersama dengan para tetamu.

Selepas berbuka, hadirin yang hadir telah menunaikan solat maghrib berjemaah dan secara tidak langsung majlis tersebut berakhir buat kali ini.

Sekalung penghargaan kepada warga Taman Alam Budiman yang telah bertungkus lumus dalam melaksanakan program ini. Tdiak lupa juga kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan samada yang berbentuk wang ringgit, pakaian, makanan dan sebagainya. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.

Terima kasih pada semua yang telah merealisasikan majlis ini.

Sila lihat gambar-gambar sepanjang program berlangsung DISINI.






 

 
Free business joomla templates