In order to view this page you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

HomeBeritaMesyuarat pemilihan syarikat 'Security' baru & perbincangan isu keselamatan di AB

Mesyuarat pemilihan syarikat 'Security' baru & perbincangan isu keselamatan di AB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Muaturun Notis Mesyuarat DISINI

Sukacita dimaklumkan bahawa selepas tarikh tutup 'Sebut Harga' syarikat kawalan keselamatan yang baru pada 3 Oktober 2011 nanti, ABRA akan menganalisa dan membentangkan maklumat yang telah dikumpul didalam satu mesyuarat khas yang bakal diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dataran SHL ( hadapan SHL Sales Office)

Pada mesyuarat itu nanti, semua sebut harga akan dibentangkan dan ABRA bersama penduduk AB akan sama-sama memilih satu syarikat keselamatan yang baru dan benar-benar sedia berkhidmat bagi menjaga keselamatan dan keamanan AB.

Justeru itu, DIJEMPUT semua warga AB samada yang telah berpindah masuk mahupun yang belum hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga kita semua dapat mencapai kata sepakat dan bersatu hati demi menjaga keselamatan dan keharmonian taman kita.

Buangkan yang keruh dan ambil yang jernih, pulihkan tanggapan yang serong dan sama-sama bersangka baik. Elakkan pertelingkahan yang pasti akan merugikan KITA semua.

Azhar Aziz aka Qisan
Setiausaha ABRA (019-2991600)

 
Free business joomla templates