Kejohanan Golf Alam Budiman kali ke-3, 2011 telahpun ditunda ke 30 Oktober 2011 (Ahad) bertempat di Kelab Golf Monterez, Shah Alam dan akan bermula jam 1.00 petang.
Kejohanan pada kali ini adalah anjuran bersama ABRA & JARUM (Jaringan Usahawan Melayu Malaysia) bertujuan untuk mendapatkan dana bagi Surau Raudhotul Firdaus, ABRA dan juga Jarum yang mewakili Pertubuhan Kebajikan Poshe (Positive Shelter Home).
Kejohanan ini mendapat sokongan yang baik dari pihak media termasuk TV3, Karangkraf dan juga lain-lain penaja.
Oleh itu, kami menjemput semua @ golfer mahupun rakan-rakan penduduk menyertai kejohanan ini bagi memeriahkan dan juga bagi menambah dana yang terkumpul.
Sehingga kini hampir 40 peserta telah mengesahkan penyertaan dan kami berharap agar lebih ramai lagi 'golfer-golfer' berbakat Alam Budiman ini akan turut serta. InsyaAllah hadiah-hadiah menarik akan disediakan, diantaranya ialah barangan elektrik, kacamata berjenama , serta hadiah istimewa hole-in-one yang merupakan sebuah Motorcoross.
Setiap peserta akan menerima goodies bernilai termasuk sehelai T-Shirt. Yuran penyertaan hanya RM245 sahaja bagi setiap peserta manakala RM900 bagi satu7 flight (4 orang).
Dapatkan maklumat lanjut & borang penyertaan DISINI. Sumbangan juga dialu-alukan samaada secara tunai atau cek atas nama "Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman".
Hubungi Dato' Zainal (012-381 7016), Badrul (012-201 1564), Sahdan (016-906 1616), Shamsul (019-261 1455), Zainal (013-980 5007) atau Razali (012-940 1778).