Anda boleh menyumbang terus kepada Shamrulismawi Ismail di MAYBANK 1628 5200 2738
Atas kesibukan tugas, saya terlepas pandang tentang sesuatu yang perlu dikongsikan bersama. Salah seorang warga AB iaitu Sdr Shamrulismawi telah diuji oleh Allah SWT dan amat memerlukan doa dan perhatian daripada kita semua. Berikut adalah beberapa entri dan foto yang dipetik dari facebook beliau.


" Keadaan Faris semakin kritikal... Ya Allah, Kuatkan lah hati.. Tenangkan lah hati.. Senangkan lah hati.. Kalau betul dia untuk ku, mempercepatkan segala urusan yang baik, sekiranya, dia bukan untukku, maka redhai lah hatiku dengan ketentuanmu. Aku tahu, Engkau akan berikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, kau tenangkan lah hati.. Berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba-hambamu ini. Engkau yang menentukannya. Aku memohon agar engkau mempercepatkan urusan yang baik jika itu yang terbaik untuk anakku. Jika tidak, aku Redha dengan ketentuanmu."
"Ramai yang bertanyakan keadaan terkini faris... Dia masih kritikal dgn 100% bantuan oksigen. Mengikut kata doktor, hatinya agak membengkak & paru2 sudah kurang memberikan reaksi....Kaki & muka faris kelihatan agak kembang. Rambut juga telah mula gugur... Pohon rakan2 sekalian terus terusan mendoakan supaya penyakit yg dihidapinya hilang & cepat sembuh...Seluruh ahli keluarga saya dari Penang juga sudah sampai disini..."
Semoga beliau dan keluarga tabah didalam menghadapi ujian Allah ini.
Pengumuman
Pihak Surau Alam Budiman menganjurkan Solat Hajat selama 3 malam mulai Jumaat 17 Februari Hingga Malam ini Ahad 19 Februari selepas waktu Isyak. Mohon sama-sama sertai. Tabung kutipan amal juga disediakan